Skip to main content

Pages

Pemasangan Batu Nisan dan Kepok Pusara Arwah Muhammad Chit Kye Eng

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh;


‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن َ

Innalillahiwainnaillairojiun... 


Alhamdulilah pemasangan batu nisan dan kepok (batu sungai) pusara arwah Muhammad Baba Chit Kye Eng telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Lorong Panjang, Bandar Hilir Melaka pada 4 April 2024 (Khamis) @ jam 10.45 pagi.Bacaan tahlil ringkas dan doa telah dibacakan oleh  Ustaz Muhammad Bin Hj Mazlan @ Imam

1 Masjid An Nur Bandar Hilir Melaka.Turut hadir serta adalah Encik Ahmad Hakim Bin Hj Soid, Sidang DUN Banda Hilir, Kariah Masjid An Nur, Banda Hilir, Melaka,Ustaz Shafie (Bilal 1 Masjid An Nur, Banda Hilir, Melaka) dan Ustaz Kimi (Imam Surau Padang Semabok). 


Arwah Muhammad Chit Kye Eng telah kembali ke rahmatullah tiga tahun yang lepas iaitu pada 5 Julai 2021 (Isnin) @ jam 11.30 pagi di kediamannya di No.51 Lorong Bukit Senjuang 75000 Melaka. 

Arwah hidup sebatang kara.

Arwah menghidapi sakit tua dan kegagalan buah pinggangnya dikesan pada 23 Jun 2021 apabila dimasukkan ke hospital.

Arwah keluar daripada wad pada 4 Julai 2021 (Ahad) dengan dihantar oleh ambulan Hospital Besar Melaka dan ditemani oleh Ustaz Mohd Hairulamin (PSU Balai Islam pada ketika itu) bersama Encik Wan Batik dan Brother Aman Ng. Arwah Muhammad Chit Kye Eng telah pergi menghadap Ilahi keesokan paginya @ 5 Julai 2021.


Jenazah arwah telah dimandikan dan dikapankan di Surau As Solihin Bandar Hilir oleh Tuan Anuar @ Bilal 1 bersama Tuan Hj Soid @ Mantan Imam 1.Solat jenazah telah diimamkan oleh Ustaz Ghazali @ Imam 2 daripada Masjid An Nur Bandar Hilir.


Pihak MACMA Melaka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Hairulamin Bin Mohd Sis selaku Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam (3 tahun yang lepas),Ustaz Suhaimi,Ustaz Emay (Ketua SSBI MAIM), Sidang Ahmad Hakim Bin Hj Soid,Uncle Paneer Chelvam (sahabat karib arwah) dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada hari pengkebumian arwah, tiga tahun lepas. 


MACMA Melaka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masjid Al Abrar Semabok diatas penggunaan kereta MPV jenazah daripada kediaman arwah ke Surau As Solihin dan seterusnya ke tanah perkuburan.


MACMA Melaka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Brother Iskandar Loh yang bertungkus lumus menguruskan arwah sejak arwah jatuh sakit sehinggalah ke saat arwah meninggal dunia.


Semoga Allah SWT merahmati dan membalas kebaikkan di dunia mahupun di akhirat kepada semua yang hadir membantu urusan pengkebumian jenazah arwah tiga tahun yang lepas dan juga kepada yang membantu urusan pemasangan batu nisan & kepok pusara arwah pada hari ini @ 4/4/2024.


"Allahummaagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Yang menjalankan amanah


Nur Caren Chung Yock Lan   (鐘玉藍) 

Pengerusi (主席)

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka

馬來西亞華人穆斯林協會

(甲州分會)


4 April 2024  (Khamis)

24 Ramadan 1445H

Comments

Popular posts from this blog

栖云楼PJ碳炒福建面 Bukit Beruang Melaka PJ Hokkien Mee

We wanted to get porridge for dinner last night at a stall in the Spices Garden but it was closed. This porridge stall shifted from the riverside hawker center near to the demolished Federal Cinema. Our previous try of this porridge was at its former location and by this, you could imagine how long we have not try that porridge. Since it was closed, we drove to Bukit Beruang to check out what are the street food available. While my wife was on chatting with her daughter who is having a retreat Sekeping Serendah, I kept driving until we reached a newly open restaurant. It is the PJ Hokkien Mee or in mandarin 栖云楼PJ碳炒福建面. Some of their signature dishes are : Hokkien Mee Hokkien Bihun Bihun and Kuey Teow Hua Dan Hoo Stir Fried Bihun Guang Fu Yee Mee Steamed Yee Mee Lu Mee Steamed Rice Fried Rice Salted Fish Fried Rice Some of the drinks served are : Ginseng Chrysanthemum Tea Apple & Hawthorn Tea Passion Fruit Jelly Ice Aloe Honey Cardamom Plu...

MADAM YAN BUKIT BERUANG FOOD COURT

 USE GOOGLE MAPS LINK  https://goo.gl/maps/FufHiquZExCtDRYP7 TO GO TO MADAM YAN BUKIT BERUANG FOOD COURT. EMBED GOOGLE MAP IS HERE. MADAM YAN BUKIT BERUANG FOOD COURT ADDRESS IS LOT 4427, JALAN DELIMA 12, TAMAN BUKIT MELAKA, BUKIT BERUANG, 75450 MELAKA, MALAYSIA. MADAM YAN BUKIT BERUAN FOOD COURT BUSINESS HOURS IS AS BELOW. Sunday 8 am–1 am Monday 8 am–1 am Tuesday 8 am–1 am Wednesday 8 am–1 am Thursday 8 am–1 am Friday 8 am–1 am Saturday 8 am–1 am YOU CAN CONTACT OWNER OF MADAM YAN AT 0146669160